Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak,
hasil rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan Ahmad
Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso.7 PKMM bermatlamat untuk melahirkan
kesedaran politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di
Indonesia. Berikutan dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak
menggugat PKMM. PKMM kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika.
Berikutan dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal
bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi semakin lemah setelah
ahli-ahlinya ditangkap. Walau bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya.
Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.
Parti Islam Se-Malaya (PAS)
PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan
Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini
jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama UMNO.8 Persatuan Ulama turut dianggotai oleh
bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Parti
ini telah ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk menjadikan agama
Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta
mengetatkan peraturan kerakyatan.
Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin
oleh Dato’ Onn Jaafar. Dato’ Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dengan semangat
‘perpaduan kaum’ untuk bercantum dengan MCA dan bekas ahli UMNO, serta MIC pada
tahun 1951. IMP ditubuhkan setelah usaha Dato’ Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO
sebagai sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP
pernah bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di bawah
pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato’ Onn. Namun Tan Cheng Lock
yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan Melayu telah mengecewakan
Dato’ Onn Jaafar. Pada tahun 1952, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam
Parti PERIKATAN. Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik
memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan
pada tahun 1955 oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya
adalah terdiri daripada orang Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan
orang Melayu. Selain itu, IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian dalam
pilihanraya negeri dan persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.9
No comments:
Post a Comment