Tuesday, 6 January 2015

STRUKTUR PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (AIMI)


   Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
   Tujuan – menggantikan MU
   Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu


Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM


i. Rundingan Menolak Pelaksanaan Malayan Union
   Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
   Tujuan – menolak MU
   Mei 1946 – raja2 Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
   Tujuan – menyampaikan pandangan menolak MU
   Jun 1946 – rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
   Kesan;
 Ø  British mengadakan rundingan rasmi dengan raja2 Melayu & UMNO
 Ø  Raja-raja Melayu & UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan                             terhadap Malayan Union secara rasmi


ii. Rundingan Menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
   Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
   Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
   Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
   Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;
     Raja-raja Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur Malayan Union
     Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
     Mereka menolak kerakyatan jus soli
     Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
     Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri-negeri Melayu
   Kesan rundingan;
Ø  British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
Ø  British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
Ø  Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2
     UMNO sentiasa berunding menyedarkan British.
Ø  British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi  (proses membebaskan negeri
     yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB.
Ø  Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari              1948
Ø  Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk & majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala
              Lumpur.

PENUBUHAN CLC

Antara hasil ialah Penubuhan Lembaga Pambangunan Industri Desa (RIDA). Penubuhan RIDA bertujuan untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar, terutamanya orang Melayu. Pengerusinya ialah Dato’ Onn Ja’afar. Selain itu, rundingan UMNO-CLC telah memperkenalkan Kerakyatan Negeri 1951. Melalui perundangan ini, kerakyatan telah diberikan kepada imigran yang lahir di TM di mana ibu bapa mereka sudah menjadi raktat TM. Seterusnya, pilihan raya peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) juga diadakan pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment