Pada tahun 1940 negara kita telah bermula menubuhkan parti-parti politik seperti UMNO , MCA dan MIC apabila kesderan politik mula melonjak akibat dari penganalan Malayan Union yang mula diperkenalkan oleh inggeris dinegara kita.
KRONOLOGI KEARAH PENCAPAIAN KEMERDEKAAN
TANAH MELAYU
27 julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan UMNO dan MCA telah mengadakan kerjasama dan MIC ditubuhkan pada Ogos 1946 dan telah membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
rombongan ke London telah diadakan bagi menagdakan perundingan bagi kemerdekaan tanah melayu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
8 Februari 1956\
Perjanjian Merdeka telah diatandatangani oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil British iaitu Lord Lennox-Boyd bagi menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Pengisytiharan Kemerdekaan telah diadakan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka setalah rombongan rundingan dari London telah pulang ketanah melayu.
21 Mac 1956
sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk yang berfungsi untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM)
30 Ogos 1957
Bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan telah diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah membuktikan negara kita telah mencapai kemerdekaan
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan telah diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
No comments:
Post a Comment