Perundingan
kemerdekaan persekutuan tanah melayu
Pada 2
Januari 1956, 'Rombongan Kemerdekaan' pimpinan Tunku yang mewakili Perikatan
yang terdiri daripada Tunku sendiri, S.H. Lee dan T.H. Tan di satu pihak dan
satu pihak lagi mewakili Raja-raja Melayu iaitu Dato Panglima Bukit Gantang
(Menteri Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor), Dato'
Wan Idris Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil
(bekas Menteri Besar Kelantan) telah berlepas ke Karachi dengan kapal Ital
'Asia' dan kemudiannya dengan kapal terbang ke London.
Pada 18 Januari 1956 rundingan kemerdekaan
pun bermula. Pihak kerajaan British diwakili oleh Allen Lennox Boyd. Rundingan
tersebut mencakupi pelbagai masalah termasuklah masalah Raja-raja Melayu,
kedudukan pegawai-pegawai awam British yang sedang berkhidmat di Tanah Melayu
dan lain-lain langkah peralihan yang perlu diputuskan sebelum kemerdekaan serta
tarikh kemerdekaan yang menurut Tunku perlu disegerakan. Perundingan itu tamat
setelah diadakan selama tiga minggu dengan kejayaan cemerlang di pihak Tunku
Abdul Rahman. Pada 6 Februari 1956, beliau telah menurunkan tandatangan atas
perjanjian 'Merdeka' bersama Lennox Boyd dalam satu istiadat sederhana di
Lancester House.
Allen
Lennox Boyd
Lancester
House
No comments:
Post a Comment