ABARAN KERJASAMA ANTARA KAUM DALAM PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
2. 4.1 Ke arah Mencapai PerpaduanKaum 4.1 Ke arah Mencapai Perpaduan Kaum
a). British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika T anah M elayu ingin mendapatkan kemerdekaan. Tujuannya adalah untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat
b). Bagi British, hal ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di T anah M elayu.
c). Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu bermula sejak 1949 apabila timbul kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum berbincang untuk kepentingan bersama
3. A. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum
a) Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949.
b) CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu.
c) Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum.
d) Peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orang Melayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock.
e) Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah.
f) CLC telah mengadakan beberapa rundingan .
g) UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut KetuananMelayu dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui, seperti:
Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan
Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran
Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diwujudkan
Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan
5.
a) Hasil rundingan dilaksanakan selepas tahun 1951.
b) Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasama kaum untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
6. B. Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
a) Menjelang pertengahan tahun 1940-an hingga ke ambang kemerdekaan, parti-parti politik di Tanah Melayu memperlihatkan usaha-usaha ke arah kerjasama antara kaum.
b) Parti-parti politik yang terlibat dalam usaha menjalinkan kerjasama kaum ialah:
UMNO 1946 – pimpinan Dato’Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman
MIC 1946 – Pimpinan K.L. Devaser
MCA 1949 – Pimpinan Tan Cheng Lock
IMP 1951 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar
PAS 1951 – Pimpinan Hj. Ahmad Fuad
Parti Negara 1954 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar
No comments:
Post a Comment