'Merdeka' atau 'Memerdekakan' atau 'Kemerdekaan' merupakan perkataan yang membawa maksud 'BEBAS'.Iaitu bebas daripada penjajahan, naungan atau lain-lain.Selain daripada itu, ia juga membawa maksud 'lepas' yang merujuk kepada lepas daripada tebusan atau tuntutan. Seterusya, 'berdiri sendiri' dan 'tidak bergantung kepada orang lain.
Kebebasan ini dimaksudkan kepada seseorang individu atau sesebuah Negara yang tidak
terjajah oleh orang lain atau negara lain, dan mempunyai kedaulatan dan ketuanan..
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadagan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadagan itu kerana Singapura diketepikan.
Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah - wilayah itu dipereratkan hubungannya dari segi politik.Sejak tahun 1947, Singapura memperjuangkan gabungannya dengan Persekutuan Tanah Melayu. Misalnya, Parti Tindakan Rakyat ( PETIR ) dan David Marshall iaitu Ketua Menteri pertama ( 1955 ) juga menyarankan konsep persekutuan. Di Semenanjung Tanah Melayu, Tan Sri Mohammmad Ghazali Shafie pada tahun 1954 dan Dato’ Tan Cheng Lock pada tahun 1955 juga menyarankan konsep yang sama. Konsep tersebut menjadi semakin hebat apabila Tunku Abdul Rahman PutraAl-haj ( Ketua Menteri Semenanjung Tanah Melayu ) pada tahun 1955, mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan ‘ Tanah Melayu Raya’ yang merupakan gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayaj jajahan British, iaitu Singapura,Brunei, Sabah, dan Sarawak. Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa. Cadagan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.
Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu, juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa gabungan dengan Persekutuaan Tannh Melayu akan membolehkan Singapura mendapatkan kemerdekaan yang awal dan daapt menyekay pengaruh komunis. Cadagan itu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan keseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina.
Cadagan ini menimbulkan pelbagai reaksi.Pada 23 Julai 1961,Jawatan Kuasa Perundingan Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM ). JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah danSarawak untuk mengemukakan pandagan memandankan mereka masih menetang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerina gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada bulan Ogos 1962, JAK ditubuhkan bagi merangka perlembagan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diteriam oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjajian Malaysiatelah ditandatangani di London bersama 4 aggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.
No comments:
Post a Comment