Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Isi-isi penting Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957 ialah
ü Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan
ü Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
ü Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara
ü 3 jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara Kuatkuasa Undang-undang,Permohonan dan Naturalisasi
ü Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
ü Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
ü Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
ü Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
ü Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara
ü Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen,iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
ü Pada peringkat negeri,Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO
Kepentingan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
· Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk
· Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu
· Keharmonian antara kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah
· Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah Negara yang berdaulat
· Melahirkan identiti masyarakat yang merdeka walaupun berbeza warna kulit,agama,bangsa.
No comments:
Post a Comment