Thursday, 1 January 2015

KESIMPULAN (YUSRA)

            Sebagai kesimpulan, kemerdekaan di Tanah Melayu dicapai bukan dengan cara yang mudah tetapi berlaku secara berperingkat-peringkat. Uniknya kemerdekaan ini dicapai dalam keadaan yang aman dan melalui rundingan. Dapat kita konklusikan bahawa perisiwa kemerdekaan itu memberi banyak pengajaran kepada kitadan kita seharusnya belajar dari sejarah itu.
            Nilai dan pengajaran yang dapat diperolehi antaranya ialah, kita haruslah belajar bagaimana untuk menghargai apa yang telah kita miliki. Selain itu, kita haruslah mengenang jasa para pemimin dan tokoh terdahulu. Tidak lupa juga tetang kepentingan perpaduan kaum bagi mewujudkan sebuah Negara yang merdeka dan bersatu. Tanamkan sifat cintakan tanah air atau lebih dipanggil sebagai semangat nasionalisme. Akhir sekali, kesabaran itu amat penting bagi mencaoai sesuatu cita-cita.

No comments:

Post a Comment