Tuesday, 6 January 2015

Darurat Tanah Melayu (iqbal)

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. D

Punca darurat
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu di antara tahun 1942 sehingga 1945 telah menyemarakkan semangat nasiolisme orang-orang Melayu pada masa itu.
Selepas pihak tentera Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada 15 Ogos 1945, telah terjadi "kekosongan kuasa" (power vacuum) di Tanah Melayu, terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman.
Kontinjen pertama tentera British hanya tiba di Tanah Melayu pada tanggal 3 September 1945. Ini disusuli dengan ketibaan tentera British di Singapura pada 8 September 1945.
Dalam tempoh masa 7 hari (seminggu) selepas penyerahan Tentera Jepun, berikutan kekosongan kuasa pada waktu itu, anggota-anggota MPAJA (kemudiannya dinamakan sebagai PKM) telah keluar dari hutan-hutan dan mula menunjukkan kekuatan dan kuasa mereka.
Ramai orang-orang Melayu dan tidak lupa juga, individu-individu berbangsa Cina dan India telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. Terutama sekali, individu-individu berbangsa Melayu yang telah bertugas sebagai anggota polis di bawah pihak berkuasa Jepun.
Anggota-anggota komunis PKM telah bertindak dengan zalim dan melulu. Tiada langsung perasaan belas kasihan yang ditunjukkan -- terutama sekali kepada mereka-mereka yang disyaki tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.
Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan Tanah Melayu. Sebulan kemudiannya, PKM telah diharamkan.
PKM menggunakan strategi, bersekongkol dengan pihak-pihak kesatuan sekerja yang ada pada waktu itu di samping menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Usaha untuk melakukukan mogok yang mendapat sokongan daripada pihak PKM, walau bagaimanapun, telah gagal dan undang-undang baru telah dibuat oleh pihak British untuk melemahkan PKM.
Darurat kemudiannya diisytiharkan di negeri Johor pada 19 Jun 1948.


 Kesan Darurat Dari Segi Politik
        Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana  mendapati penduduk Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pentadbiran British.Kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat agar tidak memihak kepada Komunis.Perikatan UMNO-MCA di bawah pimpinan Tunku Abd Rahman memainkan peranan penting dalam mencapai kemerderkaan.Hasil rundingan di London, Tanah Melayu diberikan kemerdekaan pada Tahun 1957.

         Pengisytiharan darurat menyebabkan aktiviti politik di Tanah Melayu tergendala, terutamanya Parti Politik Berhaluan Kiri.Parti politik ini telah diharamkan oleh kerajaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM), Angkatan Wanita Sedar(AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf(API). Manakala pemimpin-pemimpinnya pula telah ditangkap dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestaman dan Ishak Hj Muhammad.Tedapat juga parti-parti bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada pihak British. Namun kerajaan British masih membenarkan UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegitan mereka.
      
      Pada tahun1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan  Persekutuan terutamanya Datuk  Tan Cheng Lock telah memainkan perana penting dalam menubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) pada Tahun 1949 yamg bertujuan membuktikan bahawa bukan semua orang Cina menyokong PKM. Penubuhan ini dapat mengubah sikap orang Cina terhadap ideologi komunisme dan mereka telah menolong kerajaan serta banyak membantu kerajaan dari segi memberi pertolongan kepada setinggan-setinggan yang dipindahkan ke kampung-kampung baru.

      Kerajaan British juga telah mengambil beberapa langkah iaitu mengadakan Pilihan Raya Perbandaran George Town di Pulau Pinang (1951), Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur (1952) dan Pilihan raya Persekutuan (1955). Dalam pilihan raya Persekutuan , Perikatan UMNO-MCA-MIC membentuk kerajaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan . Kemenangan tersebut telah menggambarkan rakyat Tanah Melayu telah bersedia untuk merdeka. Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada Tahun 1957
     
      Pada peringkat ini Sistem Ahli juga diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah kearah berkerajaan sendiri.Ahli dipilih daripada pelbagai kaum bertujuan untuk mewujudkan kerjasama daripada perlbagai kaum. Melalui sistem ini, mereka diberi tanggungjawab dalam jabatan pentadbiran sebagai persediaan untuk berkerajaan sendiri.
     
      Darurat juga telah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu terpaksa menandatangani surat perjanjian pertahanan dengan kerajaan Inggeris selepas merdeka. Perjanjian ini sangat penting kerana Perseketuan Tanah Melayu tidak mempunyai kekuatan tentera yang mencukupi untuk menentang komunis. Perjanjian pethanan ini menyebabkan wujudnya kecaman dan kritikan yang Tanah Melayu tidak merdeka sepenuhnya kerana masih bergantung kepada kerajaan Inggeris walaupun telah merdeka.

Kesan Darurat Dari Segi Ekonomi.
    
      Manakala dari segi ekonomi kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang sangat banyak untuk membendung gerakan komunis. Bagi tujuan keselamatan untuk menghapuskan komunis kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 setiap hari. Sepanjang tempoh pengisytiharan darurat kerajaan membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan keselamatan. Perbelanjaan besar ini telah menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan sehingga tahun 1953. kedudukan kewangan ini telah menyukarkan kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi Tanah Melayu.

      Pengganas komunis telah bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan raya, lombong bijih timah dan menyerang kenderaan awam. Sabotaj ini dilakukan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Perkara ini telah meyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung. Keadaan di Tanah melayu yang bergolak ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur diTanah Melayu.

      Terdapat banyak usaha dilakukan untuk membanteras darurat yang telah dijalankan oleh kerajaan British dan memberi kesan teruk terhadap ekonomi Tanah Melayu. Rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi yang disebabkan undang-undang darurat.Rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat.

      Di bawah Rancangan Briggs, kerajaan memindahkan penduduk Cina yang tinggal dikawasan luar Bandar dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kampung ini dlengkapi dengan segala kemudahan dan dikawal rapi. Dianggarkan sebanyak 1 hingga 2 juta orang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs. Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak $7 juta pada tahun 1950 dan meningkat kepada $155 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini telah menjadi beban kepada kerajaan kerana ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia berada dalam keadaan muflis.



Kesan Darurat Dari Segi Sosial.

      Manakala dari segi sosial menjalankan kempen memerangi komunis selama 12 tahun (1948-1960) yang meyebabkan rakyat hidup menderita akibat keganasan komunis. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak mendapat perkejaan dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras juga berkurangan kerana semakin banyak sawah ditinggalkan oleh petanitanpa diusahaka. begitu juga padi huma dan kerja-kerja lading yang lain seperti jaung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan dan catuan yang dikenakan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek.

      Melalui undang-undnag darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahja yang dianggap megancam keselamatan Negara atau disayaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang ditempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis. Sesiapa yang menyimpan senjata api tanpa permit akan dihukum bunuh.

      Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina juga menjadi semakin serius. Orang Melyu menggangap semua orang Cina adalah komunis. Ketegangan ini telah mendorong pemimpin-pemimpin seperti dato' oOnn Jaafar, Dato' E.E.C Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lok berusaha untuk merdekan ketegangan ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' E.E.C Thurasingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.

      Untuk mendapatkan sokongan daripada kedua-dua kaum ini bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen "Kempen Memenangi Hati Dan Fikiran Rakyat" dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapatkan kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juri bicara kaum cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang cinadan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehinggatahun 1957. Mereka turut diberi hak untuk memiliki Tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan. Dengan cara ini kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan pada ketika itu.

      Dasar Pelajaran Kebangsaan Tanah Melayu digubal untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal berasaskan Penyata Pelajaran razak 1956 menetapkan kandungan sukatan pelajaran semua jenis sekolah mestilah berteraskan hal ehwal Tanah Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama di semua sekolah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu.

      Penubuhan Rancangan Briggs menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan kependudukan kaum iaitu 86% penduduknya terdiri daripada orang Cina, 9% orang Melayu dan 4% orang India. Penubuhan ini telah menyebabkan orang Cina tertumpu di kawsan bandar manakala orang Melayu kekal di kampung tanpa kemudahan moden seperti dikampung baru.

Kesimpulan.


      Kesimpulannya darurat yang diisytiharkan telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu menghadapi pelbagai ancaman yang dilancarkan oleh komunis. Perkara ini telah menyebabkan penduduk mengalami penderitaan hidup sepanjang tempoh itu berlangsung dalam kehidupan harian mereka. Masalah perkauman juga sedikit sebanyak telah menganggu kegiatan ekonomi dan keselamatan negara dan kemudahan pendidikan juga tidak dapat diajalankan dengan baik kerana menghadapi ancaman daripada komunis.

No comments:

Post a Comment