Tuesday, 1 September 2015




Nama : Aiman Solihein bin Zamri

No . Matrik : 16dee15f1014

Hobi : pukul ping pong 


         

Nama :Soon Yian San

No Matrik : 16dee15f1999

Hobi: belajar


Nama :Nur Syahira Yusra bt. Md Samsuddin

No Matrik :16dee15f1035

Hobi : mendengar muzik




Nama: Nur Aimi Liyana Bt Ahmad Sabudin

No Matrik: 16DEE15F1029

Hobi: Mendengar Muzik


Nama : Muhammad Nazreen bin Mahmudin

No Matrik : 16dee15f1010

Hobi : Bersukan


Nama : Muhammad Iqbal bin Nordin

No Matrik : 16dee15f1026

Hobi : Bermain Bola

Thursday, 8 January 2015

PENDAHULUAN (yusra)

        'Merdeka' atau 'Memerdekakan' atau 'Kemerdekaan' merupakan perkataan yang membawa maksud 'BEBAS'.Iaitu bebas daripada penjajahan, naungan atau lain-lain.Selain  daripada itu, ia juga membawa maksud 'lepas' yang merujuk kepada lepas daripada tebusan atau tuntutan. Seterusya, 'berdiri sendiri' dan 'tidak bergantung kepada orang lain.
        Kebebasan ini dimaksudkan kepada seseorang individu atau sesebuah Negara yang tidak
 terjajah oleh orang lain atau negara lain, dan mempunyai kedaulatan dan ketuanan..
 Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadagan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan  British menolak cadagan itu kerana Singapura diketepikan.
 Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia yang  ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah Melayu, Singapura,  Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah - wilayah itu dipereratkan hubungannya  dari segi politik.Sejak tahun 1947, Singapura memperjuangkan gabungannya dengan Persekutuan  Tanah Melayu. Misalnya, Parti Tindakan Rakyat ( PETIR ) dan David Marshall iaitu Ketua Menteri pertama ( 1955 ) juga menyarankan konsep persekutuan. Di Semenanjung Tanah Melayu, Tan Sri Mohammmad Ghazali Shafie pada tahun 1954 dan Dato’ Tan Cheng Lock pada tahun 1955 juga menyarankan konsep yang sama. Konsep tersebut menjadi semakin hebat apabila Tunku Abdul Rahman PutraAl-haj ( Ketua Menteri Semenanjung Tanah Melayu ) pada tahun 1955, mengumumkan hasratnya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura melalui Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan ‘ Tanah Melayu Raya’ yang  merupakan gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana  Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel  Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri  di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan  politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayaj jajahan British, iaitu Singapura,Brunei, Sabah, dan Sarawak. Idea ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutama dalam menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa. Cadagan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan  pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara.
           Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu, juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau sedar bahawa gabungan dengan  Persekutuaan Tannh Melayu akan membolehkan Singapura mendapatkan kemerdekaan yang awal  dan daapt menyekay pengaruh komunis. Cadagan itu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana  bimbang akan keseimbangan kaum, yang mana majoriti penduduk Singapura adalah kaum Cina.
Cadagan ini menimbulkan pelbagai reaksi.Pada 23 Julai 1961,Jawatan Kuasa Perundingan Perpaduan Malysia ditubuhkan (JPPM ). JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah danSarawak untuk mengemukakan pandagan memandankan mereka masih menetang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerina gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold.
             Suruhanjaya ini menjalankan satu tugas iaitu meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak, seterusnya membuat satu syor perlembagan yang baru. Pada bulan Ogos 1962, JAK ditubuhkan bagi merangka perlembagan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini telah diteriam oleh pihak British. Berdasarkan laporan ini, perjajian Malaysiatelah ditandatangani di London bersama 4 aggota negeri yang terlibat pada 9 Julai 1963. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.

Wednesday, 7 January 2015

latar process kemerdekaan tanah melayu (daniel)

PENUBUHAN PARTI PERIKATAN 

      Pada tahun 1940 negara kita telah bermula menubuhkan parti-parti politik seperti UMNO , MCA dan MIC apabila kesderan politik mula melonjak akibat dari penganalan Malayan Union yang mula diperkenalkan oleh inggeris dinegara kita.



KRONOLOGI KEARAH PENCAPAIAN KEMERDEKAAN 

TANAH MELAYU


27 julai 1955

    Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan UMNO dan MCA telah mengadakan kerjasama dan MIC ditubuhkan  pada Ogos 1946 dan telah  membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.


1O Ogos 1955
     Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956
     rombongan ke London telah diadakan bagi menagdakan perundingan bagi kemerdekaan tanah melayu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman

8 Februari 1956\
     Perjanjian Merdeka telah diatandatangani oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil British iaitu Lord Lennox-Boyd bagi menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
    Pengisytiharan Kemerdekaan telah diadakan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka setalah rombongan rundingan dari London telah pulang ketanah melayu.

21 Mac 1956
   sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk yang  berfungsi untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
   Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM)

30 Ogos 1957
           Bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan telah diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah membuktikan negara kita telah mencapai kemerdekaan

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan telah diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Tuesday, 6 January 2015

Darurat Tanah Melayu (iqbal)

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. D

Punca darurat
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu di antara tahun 1942 sehingga 1945 telah menyemarakkan semangat nasiolisme orang-orang Melayu pada masa itu.
Selepas pihak tentera Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada 15 Ogos 1945, telah terjadi "kekosongan kuasa" (power vacuum) di Tanah Melayu, terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman.
Kontinjen pertama tentera British hanya tiba di Tanah Melayu pada tanggal 3 September 1945. Ini disusuli dengan ketibaan tentera British di Singapura pada 8 September 1945.
Dalam tempoh masa 7 hari (seminggu) selepas penyerahan Tentera Jepun, berikutan kekosongan kuasa pada waktu itu, anggota-anggota MPAJA (kemudiannya dinamakan sebagai PKM) telah keluar dari hutan-hutan dan mula menunjukkan kekuatan dan kuasa mereka.
Ramai orang-orang Melayu dan tidak lupa juga, individu-individu berbangsa Cina dan India telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. Terutama sekali, individu-individu berbangsa Melayu yang telah bertugas sebagai anggota polis di bawah pihak berkuasa Jepun.
Anggota-anggota komunis PKM telah bertindak dengan zalim dan melulu. Tiada langsung perasaan belas kasihan yang ditunjukkan -- terutama sekali kepada mereka-mereka yang disyaki tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.
Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan Tanah Melayu. Sebulan kemudiannya, PKM telah diharamkan.
PKM menggunakan strategi, bersekongkol dengan pihak-pihak kesatuan sekerja yang ada pada waktu itu di samping menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Usaha untuk melakukukan mogok yang mendapat sokongan daripada pihak PKM, walau bagaimanapun, telah gagal dan undang-undang baru telah dibuat oleh pihak British untuk melemahkan PKM.
Darurat kemudiannya diisytiharkan di negeri Johor pada 19 Jun 1948.


 Kesan Darurat Dari Segi Politik
        Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana  mendapati penduduk Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pentadbiran British.Kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat agar tidak memihak kepada Komunis.Perikatan UMNO-MCA di bawah pimpinan Tunku Abd Rahman memainkan peranan penting dalam mencapai kemerderkaan.Hasil rundingan di London, Tanah Melayu diberikan kemerdekaan pada Tahun 1957.

         Pengisytiharan darurat menyebabkan aktiviti politik di Tanah Melayu tergendala, terutamanya Parti Politik Berhaluan Kiri.Parti politik ini telah diharamkan oleh kerajaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM), Angkatan Wanita Sedar(AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf(API). Manakala pemimpin-pemimpinnya pula telah ditangkap dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestaman dan Ishak Hj Muhammad.Tedapat juga parti-parti bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada pihak British. Namun kerajaan British masih membenarkan UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegitan mereka.
      
      Pada tahun1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan  Persekutuan terutamanya Datuk  Tan Cheng Lock telah memainkan perana penting dalam menubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) pada Tahun 1949 yamg bertujuan membuktikan bahawa bukan semua orang Cina menyokong PKM. Penubuhan ini dapat mengubah sikap orang Cina terhadap ideologi komunisme dan mereka telah menolong kerajaan serta banyak membantu kerajaan dari segi memberi pertolongan kepada setinggan-setinggan yang dipindahkan ke kampung-kampung baru.

      Kerajaan British juga telah mengambil beberapa langkah iaitu mengadakan Pilihan Raya Perbandaran George Town di Pulau Pinang (1951), Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur (1952) dan Pilihan raya Persekutuan (1955). Dalam pilihan raya Persekutuan , Perikatan UMNO-MCA-MIC membentuk kerajaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan . Kemenangan tersebut telah menggambarkan rakyat Tanah Melayu telah bersedia untuk merdeka. Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada Tahun 1957
     
      Pada peringkat ini Sistem Ahli juga diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah kearah berkerajaan sendiri.Ahli dipilih daripada pelbagai kaum bertujuan untuk mewujudkan kerjasama daripada perlbagai kaum. Melalui sistem ini, mereka diberi tanggungjawab dalam jabatan pentadbiran sebagai persediaan untuk berkerajaan sendiri.
     
      Darurat juga telah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu terpaksa menandatangani surat perjanjian pertahanan dengan kerajaan Inggeris selepas merdeka. Perjanjian ini sangat penting kerana Perseketuan Tanah Melayu tidak mempunyai kekuatan tentera yang mencukupi untuk menentang komunis. Perjanjian pethanan ini menyebabkan wujudnya kecaman dan kritikan yang Tanah Melayu tidak merdeka sepenuhnya kerana masih bergantung kepada kerajaan Inggeris walaupun telah merdeka.

Kesan Darurat Dari Segi Ekonomi.
    
      Manakala dari segi ekonomi kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang sangat banyak untuk membendung gerakan komunis. Bagi tujuan keselamatan untuk menghapuskan komunis kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 setiap hari. Sepanjang tempoh pengisytiharan darurat kerajaan membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan keselamatan. Perbelanjaan besar ini telah menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan sehingga tahun 1953. kedudukan kewangan ini telah menyukarkan kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi Tanah Melayu.

      Pengganas komunis telah bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan raya, lombong bijih timah dan menyerang kenderaan awam. Sabotaj ini dilakukan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Perkara ini telah meyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung. Keadaan di Tanah melayu yang bergolak ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur diTanah Melayu.

      Terdapat banyak usaha dilakukan untuk membanteras darurat yang telah dijalankan oleh kerajaan British dan memberi kesan teruk terhadap ekonomi Tanah Melayu. Rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi yang disebabkan undang-undang darurat.Rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat.

      Di bawah Rancangan Briggs, kerajaan memindahkan penduduk Cina yang tinggal dikawasan luar Bandar dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kampung ini dlengkapi dengan segala kemudahan dan dikawal rapi. Dianggarkan sebanyak 1 hingga 2 juta orang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs. Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak $7 juta pada tahun 1950 dan meningkat kepada $155 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini telah menjadi beban kepada kerajaan kerana ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia berada dalam keadaan muflis.



Kesan Darurat Dari Segi Sosial.

      Manakala dari segi sosial menjalankan kempen memerangi komunis selama 12 tahun (1948-1960) yang meyebabkan rakyat hidup menderita akibat keganasan komunis. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak mendapat perkejaan dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras juga berkurangan kerana semakin banyak sawah ditinggalkan oleh petanitanpa diusahaka. begitu juga padi huma dan kerja-kerja lading yang lain seperti jaung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan dan catuan yang dikenakan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek.

      Melalui undang-undnag darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahja yang dianggap megancam keselamatan Negara atau disayaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang ditempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis. Sesiapa yang menyimpan senjata api tanpa permit akan dihukum bunuh.

      Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina juga menjadi semakin serius. Orang Melyu menggangap semua orang Cina adalah komunis. Ketegangan ini telah mendorong pemimpin-pemimpin seperti dato' oOnn Jaafar, Dato' E.E.C Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lok berusaha untuk merdekan ketegangan ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' E.E.C Thurasingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.

      Untuk mendapatkan sokongan daripada kedua-dua kaum ini bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen "Kempen Memenangi Hati Dan Fikiran Rakyat" dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapatkan kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juri bicara kaum cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang cinadan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehinggatahun 1957. Mereka turut diberi hak untuk memiliki Tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan. Dengan cara ini kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan pada ketika itu.

      Dasar Pelajaran Kebangsaan Tanah Melayu digubal untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal berasaskan Penyata Pelajaran razak 1956 menetapkan kandungan sukatan pelajaran semua jenis sekolah mestilah berteraskan hal ehwal Tanah Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama di semua sekolah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu.

      Penubuhan Rancangan Briggs menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan kependudukan kaum iaitu 86% penduduknya terdiri daripada orang Cina, 9% orang Melayu dan 4% orang India. Penubuhan ini telah menyebabkan orang Cina tertumpu di kawsan bandar manakala orang Melayu kekal di kampung tanpa kemudahan moden seperti dikampung baru.

Kesimpulan.


      Kesimpulannya darurat yang diisytiharkan telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu menghadapi pelbagai ancaman yang dilancarkan oleh komunis. Perkara ini telah menyebabkan penduduk mengalami penderitaan hidup sepanjang tempoh itu berlangsung dalam kehidupan harian mereka. Masalah perkauman juga sedikit sebanyak telah menganggu kegiatan ekonomi dan keselamatan negara dan kemudahan pendidikan juga tidak dapat diajalankan dengan baik kerana menghadapi ancaman daripada komunis.

CABARAN KERJASAMA ANTARA KAUM DALAM PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU (AIMI)

ABARAN KERJASAMA ANTARA KAUM DALAM PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

2. 4.1 Ke arah Mencapai PerpaduanKaum 4.1 Ke arah Mencapai Perpaduan Kaum
a). British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika T anah M elayu ingin mendapatkan kemerdekaan. Tujuannya adalah untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat
b). Bagi British, hal ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di T anah M elayu.
c). Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu bermula sejak 1949 apabila timbul kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum berbincang untuk kepentingan bersama
3. A. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum
a) Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949.
b) CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu.
c) Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum.
d) Peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orang Melayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock.
e) Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah.
f) CLC telah mengadakan beberapa rundingan .
g) UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut KetuananMelayu dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui, seperti:
œ Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan
œ Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran
œ Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diwujudkan
œ Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan
5.
a) Hasil rundingan dilaksanakan selepas tahun 1951.
b) Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasama kaum untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
6. B. Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
a) Menjelang pertengahan tahun 1940-an hingga ke ambang kemerdekaan, parti-parti politik di Tanah Melayu memperlihatkan usaha-usaha ke arah kerjasama antara kaum.
b) Parti-parti politik yang terlibat dalam usaha menjalinkan kerjasama kaum ialah:
œ UMNO 1946 – pimpinan Dato’Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman
œ MIC 1946 – Pimpinan K.L. Devaser
œ MCA 1949 – Pimpinan Tan Cheng Lock
œ IMP 1951 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar
œ PAS 1951 – Pimpinan Hj. Ahmad Fuad
œ Parti Negara 1954 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar

STRUKTUR PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (AIMI)


   Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
   Tujuan – menggantikan MU
   Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu


Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM


i. Rundingan Menolak Pelaksanaan Malayan Union
   Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
   Tujuan – menolak MU
   Mei 1946 – raja2 Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
   Tujuan – menyampaikan pandangan menolak MU
   Jun 1946 – rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
   Kesan;
 Ø  British mengadakan rundingan rasmi dengan raja2 Melayu & UMNO
 Ø  Raja-raja Melayu & UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan                             terhadap Malayan Union secara rasmi


ii. Rundingan Menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
   Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
   Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
   Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
   Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;
     Raja-raja Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur Malayan Union
     Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
     Mereka menolak kerakyatan jus soli
     Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
     Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri-negeri Melayu
   Kesan rundingan;
Ø  British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
Ø  British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
Ø  Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2
     UMNO sentiasa berunding menyedarkan British.
Ø  British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi  (proses membebaskan negeri
     yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB.
Ø  Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari              1948
Ø  Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk & majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala
              Lumpur.

PENUBUHAN CLC

Antara hasil ialah Penubuhan Lembaga Pambangunan Industri Desa (RIDA). Penubuhan RIDA bertujuan untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar, terutamanya orang Melayu. Pengerusinya ialah Dato’ Onn Ja’afar. Selain itu, rundingan UMNO-CLC telah memperkenalkan Kerakyatan Negeri 1951. Melalui perundangan ini, kerakyatan telah diberikan kepada imigran yang lahir di TM di mana ibu bapa mereka sudah menjadi raktat TM. Seterusnya, pilihan raya peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) juga diadakan pada bila-bila masa.

Monday, 5 January 2015

Sistem Ahli (Nazreen)

1. Sistem ahli merupakan sebuah sistem yang digunakan di Tanah Melayu untuk melatih pemimpin tempatan dalam menjalankan pentadbiran di Tanah Melayu.
2. Ahli-ahlinya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British atas perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dengan nisbah 5(orang tempatan) : 4(Pegawai Kanan British)
3. Ahli-ahlinya di bawah kuasa Persuruhjaya Tinggi .
4. Ahli bertaraf menteri dan diberi portfolio. Contoh Ahli: Dato Onn(Hal Ehwal Dalam Negeri), EEC Thuraisingan(Pelajaran), Tunku Yaakob(Pertanian dan Perhutanan), Lee Thiang Keng (Kesihatan), Dato Mahmud Mat(Tanah,Perlombongan dan Perhubugan)

Parti parti politik 1951 (iqbal)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso.7 PKMM bermatlamat untuk melahirkan kesedaran politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia. Berikutan dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak menggugat PKMM. PKMM kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. Berikutan dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi semakin lemah setelah ahli-ahlinya ditangkap. Walau bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya. Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.

Parti Islam Se-Malaya (PAS)

PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama UMNO.8 Persatuan Ulama turut dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan kerakyatan.



Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)


IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Dato’ Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dengan semangat ‘perpaduan kaum’ untuk bercantum dengan MCA dan bekas ahli UMNO, serta MIC pada tahun 1951. IMP ditubuhkan setelah usaha Dato’ Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP pernah bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato’ Onn. Namun Tan Cheng Lock yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan Melayu telah mengecewakan Dato’ Onn Jaafar. Pada tahun 1952, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN. Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955 oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu. Selain itu, IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.9

Sunday, 4 January 2015

Perundingan kemerdekaan persekutuan tanah melayu (soon)


Perundingan kemerdekaan persekutuan tanah melayu
Pada 2 Januari 1956, 'Rombongan Kemerdekaan' pimpinan Tunku yang mewakili Perikatan yang terdiri daripada Tunku sendiri, S.H. Lee dan T.H. Tan di satu pihak dan satu pihak lagi mewakili Raja-raja Melayu iaitu Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor), Dato' Wan Idris Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil (bekas Menteri Besar Kelantan) telah berlepas ke Karachi dengan kapal Ital 'Asia' dan kemudiannya dengan kapal terbang ke London.
Pada 18 Januari 1956 rundingan kemerdekaan pun bermula. Pihak kerajaan British diwakili oleh Allen Lennox Boyd. Rundingan tersebut mencakupi pelbagai masalah termasuklah masalah Raja-raja Melayu, kedudukan pegawai-pegawai awam British yang sedang berkhidmat di Tanah Melayu dan lain-lain langkah peralihan yang perlu diputuskan sebelum kemerdekaan serta tarikh kemerdekaan yang menurut Tunku perlu disegerakan. Perundingan itu tamat setelah diadakan selama tiga minggu dengan kejayaan cemerlang di pihak Tunku Abdul Rahman. Pada 6 Februari 1956, beliau telah menurunkan tandatangan atas perjanjian 'Merdeka' bersama Lennox Boyd dalam satu istiadat sederhana di Lancester House.

Allen Lennox Boyd

Lancester House

Saturday, 3 January 2015

Ciri-ciri Perlembagaan Tanah Melayu (daniel)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Isi-isi penting Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957 ialah
ü  Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan
ü  Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
ü  Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara
ü  3 jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara Kuatkuasa Undang-undang,Permohonan dan Naturalisasi
ü  Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
ü  Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
ü  Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
ü  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
ü  Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara
ü  Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen,iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
ü  Pada peringkat negeri,Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO




Kepentingan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk
·         Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu
·         Keharmonian antara kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah
·         Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah Negara yang berdaulat
·         Melahirkan identiti masyarakat yang merdeka walaupun berbeza warna kulit,agama,bangsa.

Friday, 2 January 2015

Isyitiharan Kemerdekaan (soon)

Isyitiharan Kemerdekaan
Dua minggu setelah kembali ke Kuala Lumpur, tunku telah mula memegang Kementerian Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Gerakan Menghapuskan Darurat. Dalam pada itu berbagai-bagai masalah timbul mengenai soal hak kerakyatan dan satu undang-undang kerakyatan umum. Islam diterima sebagai agama rasmi dan rakyat bukan Melayu bebas mengamalkan agama mereka.
Pada malam 30 Ogos 1957, negara Malaysia penuh dengan keriangan. Beberapa minit sebelum tengah malam, Tunku Abdul Rahman tiba. Bendera Malayan Union Jack diturunkan tepat jam 12 tengah malam dan di tempatnya digantikan dengan bendera Persekutuan.http://www.mykedah2.com/but_bm/bullet/titik.gif

Video  


Thursday, 1 January 2015

RUJUKAN (Yusra)

1. www.youtube.com
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaan_Tanah_Melayu
3. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
4. http://www.slideshare.net/DidiyOtto/proses-kemerdekaan-tanah-melayu-1957
5. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.html
6. https://www.google.com/search?site=&tbm=isch&source=hp&biw=1366&bih=667&q=kemerdekaan+tanah+melayu&oq=kemerdekaan+tanah+melayu&gs_l=img.3.0.0l2j0i5i30l3j0i24l3.404.5398.0.7014.24.16.0.0.0.0.856.2433.3-1j3j0j1.5.0....0...1ac.1.64.img..19.5.2428.4SJYiKOR4Iw
7.

KESIMPULAN (YUSRA)

            Sebagai kesimpulan, kemerdekaan di Tanah Melayu dicapai bukan dengan cara yang mudah tetapi berlaku secara berperingkat-peringkat. Uniknya kemerdekaan ini dicapai dalam keadaan yang aman dan melalui rundingan. Dapat kita konklusikan bahawa perisiwa kemerdekaan itu memberi banyak pengajaran kepada kitadan kita seharusnya belajar dari sejarah itu.
            Nilai dan pengajaran yang dapat diperolehi antaranya ialah, kita haruslah belajar bagaimana untuk menghargai apa yang telah kita miliki. Selain itu, kita haruslah mengenang jasa para pemimin dan tokoh terdahulu. Tidak lupa juga tetang kepentingan perpaduan kaum bagi mewujudkan sebuah Negara yang merdeka dan bersatu. Tanamkan sifat cintakan tanah air atau lebih dipanggil sebagai semangat nasionalisme. Akhir sekali, kesabaran itu amat penting bagi mencaoai sesuatu cita-cita.